Friday 21 December 2012

Maafkan Ika ........



Hari Farid meninggalkan bumi Malaysia sudahpun berlalu. Farid telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran majikannya untuk ke Kuala Lumpur sebagai salah seorang "Resident Journalist" di sana. Dengan pakej gaji yg lebih lumayan dan dengan pekerjaan yg memang diimpikan Farid selama ini,Farid rasa lebih berbaloi jika dia melupakan hasratnya untuk mencari rezeki di negara asing. Lagi pun Farid memang berminat dengan penulisan sejak dari kecil lagi, tetapi bakatnya itu mula diasah secara lebih serius sewaktu berumur lewat 20an. Bak kata pepatah 'Hujan emas di negeri org, Hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri',pepatah inilah yg menguatkan semangat Farid utk meneruskan cita citanya untuk menjadi manusia yang  berguna pada agama dan negaranya. Farid puas kerana apa yang diusahakannya selama ini menjadi kenyataan,walaupun dia boleh dikatakan bermula lambat tetapi dengan latar belakang zaman remajanya yg agak liar itu, Farid bersyukur yg dia telah berada di landasan yang benar berkat doa bersungguh-sungguhnya selama ini. Farid puas kerana kerja kerasnya selama ini terjawab dengan kepuasan hatinya yang girang dek kerana berjaya dalam apa yang dicita citakannya. Cuma dalam soal cinta Farid selalu TERSUNGKUR ......
            Sedar tidak sedar sudah 2 minggu Farid berada di Kuala Lumpur menyesuaikan dirinya dgn pejabat yang jugak tempat tinggalnya. Farid tidak kisah sangat dgn kondisi tempat tinggal barunya itu kerana apa yang berada di sebuah rumah biasa terdapat di ruang besar pejabatnya itu. Lagipun sebagai seorang wartawan dan sebagai seorang kolumnis Farid memang harus selalu berada "on-time" di pejabatnya. Lainlah kalau dia sudah berumah tangga,Farid harus memikirkan keselesaan "org rumahnya" juga. Sedar tidak sedar jugak, sudah dua minggu Farid tidak berhubung dengan Ika,bukan kerana dia sudah muak tetapi kerana Ika sudah tidak mahu melayan rutin panggilan dan smsnya . Farid bingung dan hingga tika dan saat ini Farid masih tidak berpuas hati dan masih sedikit bengang dgn apa yg berlaku. Sungguhpun begitu cinta Farid pada Ika tak pernah padam dan tidak akan berganjak sewenang wenangnya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati Farid bila mengenangkan nasib yang berlaku ke atas dirinya. Nasib la "will power" yg ada dlm dirinya selama ini yg menjadi pemangkin untuk Farid meneruskan sisa sisa hidupnya. Farid yang sentiasa optimis dengan keadaan selalu memujuk dirinya bahawa mungkin Ika sudah ditakdirkan Allah , untuk tidak menjadi miliknya. Walaupun Farid mahu benar memiliki Ika selama ini, Farid pasrah kerana Farid tahu soal hati dan perasaan tidak wajar dipaksa. Farid sedar apa yg ada diantaranya dan Ika hanya seperti titisan air yang nampak sahaja cerah tetapi hanya kekal begitu untuk sementara. Farid tahu Ika mahu menyayanginya tapi dek kerana mungkin pengalaman dan situasi hidupnya sekarang, cinta ikhlas Farid tak dapat Ika terima dengan sepenuh hati.Tapi apa benar naluri Farid yang yakin Ika cintakan dia? Setakat mana Farid tahu apa yang Ika rasa sama dgn apa yg dia rasa? Perasaan Farid sedang cuba berperang dgn dirinya. Hati Farid seakan akan tidak mahu melepaskan Ika buat selama lamanya. Antara dalam kebingungan dan realiti kehidupan , Farid merasakan sebahagian dirinya sudah hilang kerana Ika yang selama ini "berada" bersamanya sudah tidak lagi seperti dulu. Ika sudah berubah sama sekali atas alasan yg Farid langsung tidak mengerti dan fahami. Mahu tidak mahu Farid harus melangkah pergi tanpa perlu menoleh ke belakang, walau sebesar mana pun apa yang dia ada terhadap Ika ia tetap tidak akan berguna. Farid cuba memujuk dirinya seraya berkata ,"Mungkin Ika bukan destinasi yg aku dambakan" ........

      Di rumah, Ika cuba membiasakan dirinya apabila sudah lebih kurang 2 minggu dia tidak menerima apa apa berita dari Farid. Perasaan Ika bercampur baur ketika ini, sekejap bingung, sekejap senang. Sebahagian dari dirinya jugak lega kerana Farid sudah "kepenatan" menambat hatinya. Bagi Ika inilah keputusan terbaik bagi dirinya dan Farid dalam perhubungan mereka yg rapuh ini. Bagi Ika walaupun apa yang ada antara dia dan Farid selama ini memang benar benar indah dan menenangkan, Ika tidak sangggup membiarkan Farid terus berharap ke atas dirinya yang sudah tidak percaya pada soal hati dan perasaan. Ika tidak mahu Farid terus terusan berharap dan kecewa akhirnya. Ika tidak mahu Farid yg benar benar berpotensi menjadi seseorang yang berguna pada masa hadapan jatuh tersungkur hanya semata mata kerana kecewa dengannya. Ika tahu dia telah bertindak kejam apabila tidak mempedulikan Farid tanpa apa apa alasan munasabah yang diberikan kepada Farid. Di telefon bimbitnya ,masih tersimpan sms Farid terakhir kepada dirinya kira kira dua minggu yg lepas ...

" Ika, abg tak tau apa yang berlaku pada Ika, abang dapat terima jika Ika terus terang mengatakan yang abang bukanlah pilihan Ika, tapi jika Ika membisu begini saja, abang cukop terkilan kerana abang tak tahu pokok pangkalnya kenapa cerita kita hanya disini saja. Walaupun apa pun Ika, abang faham apa yang Ika inginkan. Walaupun berat abang nak pikul beban ni , abang faham yang abg terpaksa melepaskan Ika walaupun bukan itu  yang abang nak. Abang harap Ika akan jumpa kebahagian Ika,dan abang jugak  berharap yang abang buat perkara yang betul dalam hal ini, abang sayangkan Ika sepenuh hati abang,doa abang akan sentiasa ada Ika.. ...Jaga diri Ika ..."

Sayu Ika membaca sms itu berulang kali, tapi apakan daya inilah keputusan terbaik untuk Farid dan juga dirinya. Ika dengan rela hati memadamkan sms itu dan segala apa yg berkaitan dengan Farid di dalam telefon bimbitnya. Di dalam hatinya hanya berharap hanya yang terbaik untuk Farid yang pernah bertakhta sekejap di hatinya. Ika merenung sambil menongkat dagu ke langit sambil berbisik "Abang Farid,Ika bukan destinasi abang, maafkan Ika , abang.................................................."




Bukan Untuk Ika





Pagi ini Ika terlewat bangun dari tidurnya yang lena semalam, maklumlah dia berada dalam  mode "cuti2 Malaysia" jadi adalah alasannya untuk melajakkan sedikit waktu tidurnya. Kebiasaannya Ika selalu bangun awal subuh jika dia tidak uzur.  Dan seperti biasa sejak  lebih 8 bulan dulu ,setiap pagi Ika pasti akan menerima sms dari Farid yang tidak jemu jemu mengucapkan selamat pagi kepadanya, ada saja ucapan ucapan indah yang tertera di skrin telefon bimbitnya dari Farid yang mmg seperti langsung tidak kehilangan idea  dalam mengucapkan selamat pagi yang puitis dan kadang kadang "sengal" itu kepadanya. Di rumahnya rutin hariannya sejak bergelar penganggur ini adalah seperti biasa, mengemas rumah dan menolong emak kesayangannya memasak. Walaupun rumahnya kini hanya didiami emak,abah dan dirinya sendiri, Ika masih merasakan yang rumah yg didiami haruslah dikemaskan setiap hari, Ika tidak tahu bagaimana untuk hidup di dalam rumah yg tunggang langgang, sedikit tidak kena dengan susunan di rumahnya Ika pasti akan bertungkus lumus membetulkannya. Apa lagi yang nak dibuatnya jika tidak menolong membantu emaknya menguruskan rumah. Paling tidak pun dia dpt memberi khidmatnya sebagai anak yg berguna. Setelah puas mengemas, Ika  merenung jam dinding di ruang tamunya. Jam menunjukkan sudah pukul 1130 pagi. Tengahari ini dia dan emaknya bercadang hendak ke pekan untuk membeli sebidang kain untuk Mak Jah yang memesan sepasang baju kurung utk cucunya. Nasib baik  Ika mempunyai kereta untuk membawa emaknye ke pekan kalau tidak susah juga lah emaknya hendak ke pekan yg boleh dikatakan agak jauh dari teratak keluarganya itu. Emaknya walaupun bergelar surirumah sepenuh masa tetapi masa yang terluang emak Ika mengambil upah menjahit baju di kampungnya. Setidaknya-tidaknya adalah juga hasil dari kepandaian emak Ika yg memang sejak dari zaman anak dara lagi memang pandai dengan kerja menjahit ini. Ika sendiri pun mempunyai minat dalam bidang jahit menjahit ini cuma kekadang kesabarannya untuk meneliti jahitan jahitan rumit membuatkannya kadang kadang malas utk membabitkan diri dlm bidang ini. Tetapi sejak sejak sudah tidak bekerja dapat jugalah Ika mempelajari sedikit sebanyak teknik teknik menjahit dari emaknya itu.

 Di dalam kereta sewaktu menuju ke pekan , tiba tiba  emaknya bertanyakan tentang Farid kepada Ika...."Ika, macam mana dgn kwn laki hang tu Ika,apa nama dia Farid?" Ika terdiam seketika lalu menjawab " Ha mak , abang Farid". "Ha apa cerita dia Ika, panggei la dia mai rumah , hang ni pun satu..." . Ika hanya diam membisu seribu bahasa tidak dapat menjawab soalan yg ditujukan kepadanya. Ika tahu emaknya memang sukakan Farid berkawan denganya, Ika tak dapat nafikan itu. Cuma Ika bimbang yang dirinya tidak bersedia lagi untuk menjalinkan hubungan serius dengan sesiapapun buat masa ini."Cukoplah dgn apa yg dah berlaku , buat masa ini biar aku fokus dgn apa yg perlu aku buat dgn masa depan aku" bisik Ika kepada dirinya sendiri. Emak Ika hanya menjeling melihat perlakuan Ika yg membisu seribu bahasa."Apa kena la anak dara aku ni , tanya saja pasai Farid diam".Emaknya membebel sendirian. Ika mencari tempat letak kereta yang sesuai yg berdekatan dengan kedai yang bakal ditujui mereka nanti. Nasiblah hari ini bukan hari minggu kalau tidak memang susah mencari "parking" di pekan kecil ini. "Emak jom kita pi makan dulu la, Ika dah lapaq dah la mak"  Ika mengajak emaknya menjamah makanan dulu memandangkan sudah tengahari tak hairanlah perutnya sudah berbunyi minta disi. Emaknya pun menurut saja.Setelah kedua anak beranak itu turun dari kereta mereka terus saja ke kedai makan yg berdekatan. "Ermmm ada asam pedas ikan pari nampaknya" terliur Ika sebentar sambil perutnya masih berbuyi kelaparan........

Petang itu setelah penat membeli belah di pekan, Ika dan emaknya hanya bersantai di luar rumah menikmati angin ptg sambil menjamah teh o dan sedikit pisang goreng yg dibeli di pekan tadi.Abah Ika seperti biasa masih berada di masjid berdekatan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Tok Siak mesjid. Dalam Ika sedang menikmati angin sepoi sepoi bahasa itu, Ika teringatkan Farid,selalu waktu waktu begini sms Farid sudah pun sampai di telefon bimbitnya,tetapi tidak seperti biasa pada hari ini. Dlm hati Ika ,mungkin Farid sudah merajuk dengannya semalam.Ika cuba berlawan dengan kata hatinya dengan berbisik pada dirinya bahawa mungkin itu adalah cara terbaik untuk Farid untuk tidak terluka dan itu juga lah cara terbaik untuk dirinya agar tidak mahu terbabit dalam soal cinta buat masa ini.Selama ini Farid memang seorang yang mengambil berat hal dirinya, tak dapat disangkalkan lagi Farid memang membuatkan dirinya tenang dan bahagia tapi kadang kadang juga Ika merasakan bahagianya bersama Farid ketika itu tidak asli. Ika sendiri bingung dengan apa yg dikehendakinya.Bukanlah kerana Ika memilih rupa paras atau harta benda,tetapi Ika sendiri sudah malas memikirkan hal hal yang langsung berkaitan dengan hati dan perasaan ini. Mungkin apa yang diputuskannya untuk tidak melayan Farid adalah keputusan yang terbaik bagi mereka berdua ataupun mungkin tidak. Ika sekali lagi menghela nafas panjangnya sendirian sehinggakan emaknya yang asyik menjahit diluar rumah itu menjeling panjang mendengar keluhan Ika yg meresahkan itu. Ika hanya tersenyum melihat emaknya yang kelihatan tabah dan sabar meneliti jahitan tangannya yg hampir siap itu. Ika memandang jauh ke jalan berhadapan dengan rumahnya, melihat kelibat anak anak muda kampung menunggang motorsikal scara merbahaya sambil membonceng rakan rakan seusia mereka. "Entah apa nak jadi dgn budak2 zaman sekarang" Keluh Ika lagi....kelihatan juga di depan rumahnya  ada beberapa pemuda sedang bersiap sedia untuk membuka stor "burger". Terdetik hati Ika utk menjadikan "burger egg" sebagai "dinner" nya malam nanti. Ika menoleh kepada emaknya dan seraya bertanya "Mak nak burger tak,Ika ingat nak mkn burger ja utk malam ni,mak nak tak? kalau mak nak Ika belikan sekali" .Emak Ika hanya menoleh dan menggeleng kepala tanda tidak mahu kepada Ika sambil memuncungkan mulutnya.Ika terus mengangkat kakinya menuju ke stor burger pemuda pemuda berkenaan dan terus memesan apa yang dihajatinya tadi. "Bang bagi burger egg satu naa, satgi siap saya mai ambik" pesan Ika kepada mamat mamat burger tadi, Ika pun kembali menuju ke rumahnya sambil menunggu burgernya siap,emaknya sudah pun selesai dgn kerja jahitannya dan terus memesan Ika agar cepat masuk ke rumah memandangkan hari pun dah hampir gelap. Sambil menunggu burgernya siap Ika termenung sambil meneliti gelang tangannya yang dihadiahkan Farid beberapa bulan yg lalu.........

Farid : Ika, ni ada present yg abg nak hadiahkan sempena hari jadi Ika ..
Ika: Ala abg Farid ni buat susah susah ja....apa hadiah tu
Farid : Tak dak apa nya , adalah sikit nanti Ika bukak Ika tgk la nanti naa
Ika: (sambil tersenyum) Mekaseh Abang....
Farid : Ha ..jap Ika ada lagi satu benda abg nak bagi ni ( sambil menyelongkar beg galasnya)
Ika: Apa lagi abg Farid ni ...heheh
Farid : Ni ade surat, Ika baca la..nanti jgn perly abg lak,,tersangatlah sengal surat ni ....hehehe
Ika : Abang abang ...heheheh
Farid: Ok la Ika abg nak balik dulu dah nak hujan ni nanti basah lak abg,lagipun dah nak maghrib ni..
Ika: Tu la abang, elok la abg balik dulu, take care tau
Farid : k Ika...u take care too......

"Adik, adik....ohhh adik!!!" sergah seorang pemuda kepada Ika yg sedang mengelamun itu..."Burger dah siap, 3 ringget setengah je dik"...Ika lantas malu sekejap kerana khayal seketika lalu tanpa menghiraukan pemuda itu Ika terus menghulurkan duit kepada pemuda tadi untuk burger pesanannya..."Mekaseh ye bang, sorry ngelamun tadi hehehe" Ika terus meluru masuk ke rumah dan sejurus selepas itu azan Maghrib pun berkumandang .....

Allahuakbar Allahuakbar .......
Allahuakbar Allahhukabar.......

Antara Cita Cita Dan Cinta



Farid tiba2 terjaga dari tidur nyenyaknya,jam di meja sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Kedengaran di luar sana hujan renyai renyai.Tidak hairanlah mengapa tidurnya begitu nyenyak sekali. Farid bingkas bangun dan perkara pertama yg terlintas di dlm hatinya ialah Ika.Farid mengeluh seketika....lalu dicapai tuala hijaunya itu dan terus mengatur langkahnya ke bilik mandi. Air kolam di bilik airnya dirasakan sejuk tak terhingga,tak tertahan rasanya Farid bila mengenangkan air yg bakal dicurah kebadannya itu sejuk hingga menyucuk tulang. Namun digagahinya juga dan serta merta segarlah Farid dari mamun tidurnya itu.  Azan Subuh mula berkumandang, Farid memutuskan utk solat subuh dirumahnya saja kerana hujan masih renyai2 di luar sana.Sebaik saja habis solat suboh Farid bergegas ke tempat kerjanya yang hanya sepelaung jauhnya itu.Farid sebenarnya berbelah bagi untuk meninggalkan kerjanya sekarang,tapi apakan daya peluang yg menantinya di England sebagai penyata kira kira sebuah restoran milik pengusaha Malaysia di sana amat sukar ditolak, lagipun impiannya utk mencari rezeki di bumi asing memang sudah lama menjadi angan angannya. Farid cuba menyelesakan dirinya di pejabat tempat kerjanya. Minggu lepas pihak pengurusan di pejabat mengadakan sedikit pengubahsuaian di bilik tempat dia bekerja.Kalau dulu dia tidak mempunyai meja yg selesa utk membuat kerjanya tapi sekarang mereka sudah menyediakan ruang kerja yg cukup besar untuk dirinya melaksanakan tugas sebagai pekerja berdedikasi.

     Seperti biasa Farid tidak lupa mengirim SMS kepada Ika. Cukop sekadar "selamat pagi" ataupun "hi" ,sudah menjadi rutin harian utk Farid mengirim sms kepada Ika. Padanya Ika sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.Dalam Farid menjalani kehidupan dan mencari keredhaan Allah, Ika menjadi intipati penting dlm hidup Farid mengejar apa yg diidamkannya dunia dan akhirat. Sayangnya pada Ika bagaikan embun yg menitis di pagi hari segar dan suci dari segala "habuk habuk " materialistik dunia yang tidak adil ini. Persahabatan selama lebih kurang setahun itu bersama Ika tidak pernah sama dengan mana mana gadis yg pernah dia kenali atau pernah dia cintai. Kalau sebelum ini apa yg dilaluinya sebelum berjumpa Ika amat tidak enak sekali untuk diingati,tapi dengan Ika Farid merasakan dirinya begitu terbuka utk menyatakan rasa sayang tak terhingganya. Farid jugak telah menjadikan Ika sebagai sebahagian dari misi hidupnya utk berjaya walaupun Farid tahu dia tidak patut melakukan perkara sedemikian kerana ia bakal mengundang beban yg tidak wajar diletakkan di atas bahu Ika. Tetapi apakan daya Farid masih kuat dgn naluri"sixth sense" jantannya yg  memberitahu dirinya bahawa Ika memang ditakdirkan untuk bersamanya. Farid lupa bahawa manusia hanya mampu merancang dan hanya Allah saja yg menentukan. Farid juga lupa bahawa dia  bisa hilang pertimbangan jika cintanya tidak diterima oleh Ika walaupun dia masak benar dgn kenyataan itu. Tapi Farid masih tegar dgn kedegilannya,masih mahu memujuk dirinya,masih mahu bersikap optimis , masih mahu cuba meredah apa yang tidak termampu oleh dirinya yg kerdil itu.Farid yang terlalu tinggi harapannya untuk Ika, tahu benar yang dia bakal kecewa,kecewa parah tak bertempat kerana Ika tidak ada perasaan yg sama dgn dirinya.

Tiba tiba bahu Farid ditepuk dari belakang, terkejut Farid bila dilihatnya "Head Of Department" nya menegurnya. "Hey Farid what the hell are you doing,still sleeping?" sergah bossnya itu dan  Farid bingkas cuba "control" dan tersengih sambil menjawab "Oh No sorry sir , I was just lost for a while, waiting for another story to come by...". "Is it ??" pantas sahaja bossnya itu mencelah dan seraya mengajukan soalan "So Farid are you sure that you wanna go to England?.. because I have one good proposition for you? "Farid kaget sebentar. "Proposition? Well ,what is it Mr Raj , tell me, who might know I can consider what is up on the table?" Mr Raj tersenyum nakal dan berkata " kalau camtu ok , come to my office once u have finish dreaming..!!" Mr Raj berlalu sambil melirikkan senyum "sarcastic"nya yg ternyata ditujukan untuk dirinya.Farid pun bingkas bangun lalu mengikut Mr Raj ke officenya. Mr Raj mempelawanya duduk di sofa dan pada masa yang sama Mr Raj jugak melabuhkan punggungnya di atas single couch yg disediakan khas utk dirinya. Farid taat menuruti dan tertanya tanya apa yg bakal ditawarkan untuknya. Apakah "proposal" yg disebutkan Mr Raj tadi? Mr Raj merenung tepat ke mata Farid dan tersenyum melihat reaksi "curious" Farid. "Well Farid" Raj memulakannya....."Macam ni, I rasa u tak tak payah pergi ke England, I nak u stay dgn we all as one of our "Resident Journalist" but this time with a good salary package, professional development, where i will sent u to USA to do an  intensive training on journalism for 6 month. We also have decide to transfer you to Kuala Lumpur , since you are so keen about moving out from Penang. The package is so good and i can feel u wont be able to reject it. But anyway I wanna u to think about it and consider the offer. It is all up to u Farid." Farid kelu tak terkata apa2........


Petang itu sebaik sahaja tamat "office hour" Farid terus ke warung kopi yg telah menjadi persinggahan biasanya sejak lebih 2 tahun lalu, di mana disitulah Farid mencari ilham dan berpikir secara rasional tentang perjalanan hidupnya sekian lama ini. Farid tidak kekok menghabiskan masanya di kedai kopi berkenaan walau seberapa lama mana pun. Lagi pun ia berdekatan dgn masjid tempat Farid selalu solat berjemaah. Mamak tuan punya warung kopi itu sudah masak benar dengan telatah Farid yg selalu cepat benar hilang dalam khayalan sendiri sebaik saja memesan teh halia kegemaran Farid. "Assalamualaikum mat!! Waalaikumussalam anney", jawab Farid kepada mamak yg selalu memanggil dirinya Mat. "Entah kenapa mamak ni suka panggey aku Mat,bukan dia tak tau nama aku"....bingung Farid bila cuba memikirkan kenapa mamak warung kopi itu suka benar dgn nama Mat ini.Tapi Farid tidak berapa kisah , Farid sudah mula mencaturkan apa yang sedang bergerak dalam pola pemikirannya sekarang,United Kingdom atau Kuala Lumpur. Penyata Kira Kira biasa di syarikat biasa di United Kingdom atau Wartawan Penyiasat di syarikat terkemuka di Kuala Lumpur....."kalau aku pegi United Kingdom peluang aku dgn Ika mesti berkubur,Kalau aku pegi Kuala Lumpur ,mungkin peluang aku dgn Ika masih ada"...hmmmm Farid cuba berperang dgn dirinya sendiri ........

Nota Kaki : winks winks

Farid



  

Ika menghela nafas panjangnya mengenangkan perlakuannya terhadap Farid sebentar tadi , tidak terlintas langsung dia ingin melukakan hati seseorang dgn perlakuan tak semena-menanya itu. "Mesti abg Farid tak leh tidor" ..... Ika berkata-kata kepada dirinya sendiri.Tapi apakan daya Ika tidak mahu memberi harapan palsu kepada Farid yang memang ada hati kepadanya. Teringat dia kembali pada bibit bibit awal pertemuan mereka secara "online" kira - kira lebih kurang 8 bulan yang lalu,Farid memang seorang yang benar benar suka berterus terang dan dia memang dpt melihat yang Farid memang betul betul ikhlas dlm setiap bibit bibit perkataan di  dalam chatboxnya itu. Pada diri Ika sendiri , Ika memang pada mulanya sudah mula menaruh perasaan terhadap Farid kerana ternyata Farid seorang yang amat mengambil berat tentang dirinya..tak putus putus Farid menelefon hanya utk bertanyakan khabar berita. Kalau sibuk sekalipun Farid takkan lupa untuk menghantar sms kepadanya. Tapi dia masih keliru dgn kenyataan hidupnya sekarang.Sudahlah dia baru saja kehilangan kerja akibat dari proses "retrenchment" yg berleluasa skrg ini. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga ,hubungan dia dan teman lelakinya selama lebih 2 tahun baru saja tamat gara gara bekas teman lelakinya itu balik kepada "girlfriend" lamanya itu. Sakit hatinya pada lelaki sejak peristiwa itu makin menjadi jadi dan malang sungguh Farid apabila dia muncul tiba tiba dlm hidupnya.
    Tetapi Ika tahu abg Farid bukan lelaki yg seperti itu. Ika tahu yang Farid memang ikhlas apabila meluahkan perasaanya kepada dirinya satu ketika dulu. Ika memang teruja apabila Farid tanpa teragak agak meluahkan perasaannya kepada Ika. Masih tergiang2 di telinga Ika tentang dialog mereka berdua di telefon bimbit tidak berapa lama dulu .....

Farid : Ika, abg nak bagitau kat Ika ni...
Ika : Apa dia abang ckp lerr ...
Farid : Abg ni tiap2 hari jatuh cinta ngan Ika tau ....setiap kali kita "jumpa", setiap kali sms , setiap kali sembang dlm   phone setiap kali tu la abg jatuh cinta dgn Ika

Ika : ye ke abang ....( tersenyum )
Farid : Ika ...abg nak mintak kebenaran Ika ni....
Ika : kebenaran apa abg...
Farid : Abg nak mintak kebenaran Ika ...tuk abg simpan perasaan abg terhadap Ika ni..abg tau Ika masih terluka dgn cerita lama...tapi izinkan abang simpan perasaan ni sampai Ika betul2 leh terima abang
Ika : Boleh abang...ape salahnyee ( sekali lagi tersenyum )
Farid : thanks Ika
Ika : Ika pun nak simpan perasaan abg kat dlm hati Ika ......Ika perlukan masa utk benda ni semua abang,harap abg paham ok
Farid : Its OK Ika...abg paham 

Masih jelas dialog2 ini Ika hafal sehingga ke hari ini. Kesungguhan Farid memang tak dpt ditandingi oleh sesiapapun pada Ika setakat ini. Sehingga ke hari ni Farid masih tidak putus2 mencuba agar dia dpt menerima Farid menjadi sebahagian darinya."Mungkin aku patut memberikan peluang kepada Farid dan pada masa yg sama memberi peluang kepada diri aku sendiri dlm hal ini." tutur Ika sendirian pada dirinya ...

"Ikaa!!!!!!!!!!!!!!!! awat tak tutop lampu lagi,hang tak tidoq lagi ka Ikaaaaaaa.......'"

Tiba2 kedengaran suara emaknya  memanggilnya ........ 

"Ya makkkkk nak tidoq la niiiiiii"!!.....lalu Ika bingkas bangun dan menutup lampu biliknya  dan terus meluru ke katilnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 mlm."Teddy bear" besar miliknya yg sentiasa menemani Ika tidur setiap hari dipeluknya erat dan Ika terus lena dibuai mimpi tersenyum sendirian.......sebelum melelapkan matanya terdetik di hati Ika berkata..."Ada jugak org syg kat aku,alahai Farid Farid......"